Thursday, July 3, 2008

Sekolah rendah terakhir 1989-1990



Sekolah Kebangsaan Permas Jaya 1, Johor Bahru yang nama asalnya Sekolah Kebangsaan Plentong telah siap dibina dan mula digunakan pada 20 Jun 1988. Didirikan empat buah bangunan untuk pengajaran dan pembelajaran. Dilengkapkan dengan sebuah kantin dan padang permainan. Sekolah ini juga mempunyai bilik-bilik khas Pada tahun 1993, sekolah telah dianugerahkan tempat kedua “Sekolah Harapan Negara” semasa Perayaan Hari Guru dan menjadi “Johan” diperingkat Negeri Johor. Surau Al-Hidayah siap dibina dan dirasmikan pada 9 April 2000.Pada akhir 2007 sebuah bangunan makmal Komputer 2 tingkat telah siap dibina.

lagu sekolah skpj 1

Sekolahku Permas Jaya 1,

Tempat menuntut ilmu,

Berdiri megah sejahtera,

Menjadi kebanggaanku.

Belajar dan berusaha,

Menuntut ilmu sentiasa,

Hormatkan guru selalu,

Tanamkan cita kejayaan,

Bersama semangat maju,

Mencapai cita budi mulia

Marilah kawan-kawan berusaha,

Rajin dan tekun sentiasa,

Hindarkan malas dan jemu,

Jadikan segala asuhan,

Sebagai pedoman abadi,

demi masa depan cemerlang

gambar kenangan

No comments: